Pages

Thursday 29 December 2011

Saturday 17 December 2011

The BEST Gifts


Hadiah terbaik untuk seorang sahabat ialah DOA

~sama2lah kita saling mendoakan antara satu sama lain . Sesungguhnya doa seorang muslim terhadap saudaranya itu akan diaminkan oleh para malaikat . 

Hadiah terbaik untuk seorang musuh ialah KEMAAFAN

~forgive and forget for all our mistakes ....

Hadiah terbaik untuk seorang guru ialah KEJAYAAN

~kita sama2 buktikan 22hb ni and next couple year !

Hadiah terbaik untuk seorang murid ialah TELADAN

~jom jadi mukmin super ! [here]

Hadiah terbaik untuk sebuah kehidupan ialah KASIH SAYANG

~al-hubb lillahi ta'ala . Mahammah Lillah . Ukhuwah fillah . insyaAllah !

Hadiah terbaik untuk sebuah kematian ialah 'AL-FATIHAH'

~kenangku dalam doa kalian -_-

Hadiah terbaik untuk ibu bapa ialah KEBAKTIAN

~ berbaktilah kepada kedua-dua ibu bapamu kerana sesungguhnya jasa dan pngorbanan mereka tidak mungkin terbalas .

Hadiah terbaik untuk diri sendiri ialah KEJUJURAN

~ be honest to yourself . Mungkin agak mudah untuk kita menipu orang lain tetapi kita tidak boleh menipu diri kita sendiri .

Hadiah terbaik untuk Rasulullah ialah SELAWAT

~ jom kita berselawat ! Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad !

Hadiah terbaik untuk Allah S.W.T. ialah KETAQWAAN

~ Iman dan taqwa itu tidak dapat diwarisi sebaliknya harus dicari dan di'save'kan dalam diri sendiri.


Monday 5 December 2011

The Most Wanted !



Rapuh~Opick

detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu


*terkadang, lam kita menghadapi hidup ni,,, kita rapuh...kita x mampu bertahan*
saat tu kita betul2,,perlukan Allah,,,utk membuka hati kita balik,,,
...^_^...


tunjuk kami jalan terbaik Ya Allah...

 Never take some one for granted, hold every person close to your Heart because you might wake up one day and realize that you have lost a diamond while you were too busy collecting stones.



di manakah tahap cinta sesama kita....hu3.....moga ia berda d thp yg trtinggi.....walau x brsua...wlau x brjbt...wlau x brttp.......dirimu slalu d hti.....even nnti x sebumbung...nmun ttp sejiwa........syg kamo0........



moga ini yang terjadi antara kita.....jangan dlupa sesama kita..........hnya krna Sang Pencipta....

amin.......


Saturday 3 December 2011

Praise to Allah !

Salamun 'alaikum sahabat !

First skali , diri ini tersangatlah rindu kengkawan sume !
Mek Long . Ummi . Anisah . Ain . Lami . Dibah . Ijah . Tiah . Alia .
 Ika . Yanie . Aliah . Nina . Amirah . Aisyah . Fatin . Kirah . 



Tengah wah nape ow ? hee ~  *peace!*
Congratulation to three of us yang telah berjaya menamatkan hafazan 30 juzuk sepanjang cuti skola ni di rumah Ustazah Zaida . Terima kasih Ustazah ! We LOVE you !!!
Alhamdulillah .
Kepada kengkawan sume , n terutama buat diri sendiri yang ti=ukang bagi nasihat nih .
Rajin2 lah mengulang ye !
Hok x dang kena tebuk lagi taun ni tuh bersiap sedia lah untuk taun depan ye !
Tapi bukannya bermaksud rajin2 ngulang untuk persediaan kena tebuk , tu sebagai pendorong sampingan je neh !

Hayatuna kullu hal lillah !

Thursday 1 December 2011

Kesepiaan / Lu fikirlah sendiri

Aku berjalan perlahan-lahan menuju ke sekolah ...
Sekolah yang dulu ku diami ..
Sekarang hanya berada di dalam hati ..
Rakan-rakanku yang lain bersuka-ria ...
Bersuka-ria tanpaku disisi ..
Masihkah mereka ingatkan aku yang sudah tiada di sini ..
Aku melihat telatah mereka ..
Ku mengangis .. Ku tertawa ...
Manakah yang patut ku rasa ..
Kesedihan ...
Berada di tempat baru ..
Suasana baru ..
Kawan-kawan baru ...
SEMUANYA BERBEZALAH ..
KAU TAK PAHAM2 LAGI KE !!!
hu3....
Kenapa semuanya berakhir disini ...
Tiada lagi peneman di sisiku ..
Tiada lagi rakan yang betul2 memahamiku ...
Ku rasa keseorangan walaupun ramai rakan2 baru ...
................
............
.......
......
....
.
.
.
Ingat daku dalam doa mu ...
mungkin kamu tertanya-tanya mengapa ku berhenti di sini ...
Tapi fikirlah sendiri bagaimana hidup seseorang selepas kehilangan orang yang tersayang ...

Wednesday 30 November 2011

Hati dan Akal Berbicara

Di sebuah pondok usang milik seorang hamba, Akal dan Hati berdiskusi berkenaan kasih sayang dan cinta.


AKAL : Assalamualaikum , sahabat .
HATI : Waalaikummussalam .
AKAL : Apa khabar iman , sahabat ?


Hati terdiam membisu .
Akal bertanya buat kali kedua .


AKAL : Apa khabar iman , sahabatku ?
HATI : Err , kurang sihat mungkin .
AKAL : Kenapa ?
HATI : Aku merindui dia segenap jiwaku .
AKAL : Dia yang mana sahabatku ?
HATI : Kedua dia. Dia Yang Hakiki , juga dia yang entah ke mana akhirnya .
AKAL : Tidak mengapa , itukan fitrah manusia .


HATI : Tapi rinduku padanya kadangkala membuatkan jiwaku runsing .  Fikiranku melayang jauh memikirkan dia . Kadangkala , ketika beribadah juga aku teringat padanya .


AKAL : Cintamu padanya, juga cintamu pada-Nya . Cinta pada-Nya kan yang lebih utama .
HATI : Tapi , aku benar cinta dia . Aku rindu dia . Aku mencintainya kerana Allah . Kami saling menasihati untuk kebaikan . Aku mahu mengejar syurga bersamanya .
AKAL : Apa makna cinta ?
HATI : Kasih dan sayang . 
AKAL : Bagiku cinta itu gila .
HATI : Mengapa pula begitu ?


AKAL : Apabila kita mencintai seseorang , kita selalu teringatkan dia . Apa yang dikatanya jangan, sejauh mungkin kita elakkan . Apa yang dimintanya , sehabis daya kita usaha . Bila ada yang lain mendekatinya , bergelodak rasa cemburu . Apakah kau rasa begitu duhai hati ?


HATI : Ya. Begitu yang ku rasa . 
AKAL : Apa kau tahu apa pula ibadah ?
HATI : Orang kata ibadah itu, patuh dan taat . 
AKAL : Sebenarnya , ibadah juga ialah cinta .
HATI : Bagaimana dimaksudkan dengan begitu ?
AKAL : Ibadah itu cinta . Berkasih-sayang dengan Tuhan .


Hati terdiam lagi . 


HATI : Jadi , apa sebenarnya yang ingin kau sampaikan wahai Akal ?
AKAL : Fikirkanlah duhai Hati . Jika kau benar mencintai dia kerana Allah , apa kau ada mengadu kepada-Nya ?
HATI : Huh . Aku puas sudah berdoa . Aku mendoakannya siang dan malam . 
AKAL : Apa kau akan berdoa pada-Nya hanya apabila kau  terasa jauh darinya ? Apa kau hanya melipat gandakan ibadahmu ketika jiwamu rasa tidak tenang ?


Hati diam dan tertunduk .


AKAL : Bagaimana boleh kau katakan cintamu kerana Allah ? Sedangakan kau mengabaikan Dia ketika cintamu dengannya sedang indah bercahaya . Sabarlah duhai Hati . Barangkali Allah akan mengabulkannya di lain masa . Barangkali Allah punya hadiah yang lebih berharga untukmu . 


Aliran sungai merah terasa semakin deras mengalir di kepala . 


AKAL : Cinta kepada manusia yang gila seperti itu , hanya layak disandarkan kepada Allah . Allah menarik cintamu kerana Dia lebih mencintaimu . Allah merindui doa dan rintihan hamba-Nya . Allah mahu kau kembalo mengindahkan cintamu kepada-Nya !


Hati mulai menangis . Sepi . Kesal . 

Thursday 3 November 2011

Grab it...!

Salamun 'alaik~


Ramai dari kita yang telah maklum kelebihan 10 Malam-malam Terakhir Ramadhan. Tetapi adakah ramai dikalangan umat kita yang maklum kelebihan 10 Hari-hari Pertama dalam bulan Zulhijjah?

Imam al Bukhari Rahimahullah meriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda, Tiada suatu hari pun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari ini – iaitu 10 hari Zulhijjah. Para sahabat baginda bertanya, ‘Tidak juga Jihad pada jalan Allah (mengatasi kelebihan Hari-hari tersebut)? Ujar Baginda, Tidak juga Jihad di jalan Allah kecuali seorang yang keluar dengan jiwa raga dan hartanya dan tidak membawa pulang apa-apa pun (kerana habis disumbangkan untuk memenangkan agama Allah).

Imam Ahmad r.a. dari Ibnu Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Tiada suatu haripun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari 10 Zulhijjah ini, oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah), takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdu Lillah).
Ibnu Hibban di dam kitab Sahihnya meriwayatkan dari Jabir r.a. bahawa baginda s.a.w bersabda, “Seutama-utama hari adalah hari Arafah”.

Amalan yang dianjurkan padanya :

1. Menunaikan ibadah haji dan umrah yang merupakan sebaik-baik amalan. Banyak hadis menyatakan kelebihan ibadah ini di antaranya : Sabda Nabi s.a.w.: “Satu umrah ke umrah yang lain menghapuskan (dosa) yang dilakukan di antara keduanya dan haji yang baik (diterima) tiada baginya balasan melainkan syurga”.

2. Berpuasa pada hari-hari tersebut atau sekadar kemampuannya – terutamanya pada hari Arafah. Tidak dinafikan bahawa puasa adalah di antara amalan yang terbaik dan ia adalah pilihan Allah seperti yang dinyatakan di dalam sebuah hadis qudsi, “Puasa itu adalah bagiKu dan Akulah yang membalasinya, dia meninggalkan keinginan nafsunya, makanan dan minumannya semata-mata keranaKu”.

Imam Muslim meriwayatkan dari Abi Qatadah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, Puasa pada hari Arafah, saya mengharap Allah akan menghapuskan (dosa) setahun yang lalu dan setahun yang mendatang.

3. Takbir (Allahu Akbar) dan berzikir padanya, firman Allah s.w.t yang bermaksud, (Dan supaya mereka menyebut nama Allah pada beberapa hari yang termaklum), hari-hari tersebut dijelaskan sebagai 10 hari di bulan Zulhijjah. Sebab itulah para ulama menyarankan supaya diperbanyakkan berzikir pada hari-hari tersebut sebagaimana mafhum hadis Ibnu Umar r.a. yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, di antaranya, “Oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah), takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdulillah)”.

4. Bertaubat dan meninggalkan segala maksiat dan dosa, semoga dengan amalan baik dapat mencapai keampunan dan rahmat Allah. Ini kerana maksiat adalah punca kepada jauh dan terhindarnya seorang hamba dari rahmat Allah manakala ketaatan pula adalah punca dekat dan kasihnya Allah kepadanya.

5. Memperbanyakkan amalan soleh terutama amalan sunat tambahan seperti solat sunat, berjihad, membaca al-Quran, menyeru kepada kebaikan, mencegah kemungkaran dan seumpamanya kerana semuanya akan digandakan pada hari-hari tersebut.

Amalan yang dikerjakan ketika itu walaupun kecil tetapi ia lebih disukai oleh Allah dibandingkan pada hari-hari lain. Begitu juga amalan yang besar seperti berjihad di jalan Allah yang dikategorikan di antara amalan yang terbaik, tidaklah mendapat kehebatan pahala pada hari-hari itu melainkan apabila kuda (kenderaan) yang ditungganginya terbunuh (binasa) dan darahnya keluar (dia cedera atau mati syahid).

6. Disyariatkan bertakbir pada beberapa hari yang mulia itu pada waktu siang atau malam terutama selepas menunaikan fardu solat lima waktu yang dikerjakan secara berjemaah.
Bagi mereka yang tidak menunaikan ibadah haji, takbir bermula dari waktu subuh hari Arafah (9 Zulhijjah) dan bagi yang menunaikannya takbir bermula pada waktu Zuhur hari raya haji (10 Zulhijjah), semuanya berakhir sehingga waktu Asar pada hari ke-13 Zulhijjah.

7. Disyariatkan amalan korban (menyembelih haiwan ternakan) pada hari raya haji dan hari-hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah). Ia merupakan sunah Nabi Ibrahim a.s. setelah Allah s.w.t mengujinya dengan perintah menyembelih anaknya Ismail tetapi ditebus ujian itu dengan digantikan seekor haiwan untuk disembelih.

8. Imam Muslim meriwayatkan dari Ummu Salamah r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda, Apabila kamu telah melihat anak bulan Zulhijjah dan ada di kalangan kamu yang ingin berkorban (sembelih haiwan ternakan), hendaklah dia menahan dirinya dari (memotong) rambut dan kukunya, dan di dalam riwayat lain : “Maka janganlah dia memotong rambut dan kukunya sehinggalah dia berkorban.

Perintah (sunat) ini berkemungkinan ada persamaan dengan hukum bagi mereka yang membawa haiwan ternakan (ketika mengerjakan haji) dari kampung mereka yang telah dijelaskan oleh Allah, maksudnya, (Dan janganlah kamu mencukur rambut kamu sehinggalah haiwan ternakan (yang dibawa untuk dihadiahkan dagingnya kepada penduduk Mekah) itu sampai ke tempatnya).

Larangan (memotong rambut dan kuku) ini pada zahirnya adalah khusus kepada pemunya haiwan korban tersebut sahaja dan tidak termasuk isteri dan anak-anaknya melainkan mereka juga mempunyai haiwan seumpamanya, dan tidak mengapa jika yang berkenaan membasuh dan menggosok kepalanya kemudian terjatuh beberapa helai rambutnya.

9. Setiap muslim hendaklah berusaha menunaikan solat hari raya secara berjemaah, mendengar khutbah oleh imam selepas solat tersebut supaya mendapat pengajaran daripadanya.
Sepatutnyalah kita mengetahui hikmat di sebalik perayaan ini. Ia merupakan hari menyatakan kesyukuran dengan melakukan kebaikan. Janganlah pula dilakukan padanya perkara yang mendatangkan kemurkaan Allah dengan mengerjakan maksiat, kesombongan, pertengkaran dan sebagainya yang boleh menjadi sebab kepada terhapusnya amalan kebaikan yang dikerjakannya sebelum itu.

10. Penuhilah hari-hari berkenaan dengan ketaatan kepada Allah, berzikir, bersyukur, menunaikan perintah-Nya, menjauhi larangan-Nya, mendekatkan diri kepada-Nya semoga mendapat rahmat dan keampunan-Nya.

sumber : [klik]

Thursday 27 October 2011

Ukhuwah fillah~

Sahabat..
kekuatan bukanlah segalanya
Kerana Ia hanya sementara dan akan binasa
Tetapi mencintai dan menerima diri apa seadanya
Adalah wujud dari hamba yang bersyukur kepada Tuhannya


Mengejar kehormatan dan kekuasaan bukanlah tujuan
Tetapi mengejar cinta kasih selalu memberikan ketenangan
Maka, jangan kita larang sahabatmu jika dia menangis
Ajarkan dia untuk mengenali dan menerima perasaannya

Sahabat, katakan padanya…
Bahawa air mata adalah anugerah Tuhan yang indah
Sehingga dia belajar untuk tidak kecewa oleh emosinya
Dan jika mengerti, dia telah belajar untuk hidup dengan seteguhnya

Jangan pernah mengajar sahabat  kita bagaimana menjadi cantik
Tetapi ajarkan dia untuk mencintai & menerima dirinya apa seadanya
Dan jangan kita ajarkan dia bagaimana untuk menyenangkan lelaki/wanita
Tetapi ajarkan dia untuk menyenangkan hati Tuhan yang menciptakannya

Isilah kehidupan  kita dengan cinta, hikmat, dan kebijaksanaan
Bukan dengan harta, kecantikan tubuh, gelaran dan kekuasaan
Ajarkan sahabat  kita menikmati keindahan mentari pagi
Dan kehangatan rasa ketika menggenggam pasir
Begitu juga kemesraan seekor kupu-kupu hinggap di atas bunga
Dan ajarkan dia menikmati merdunya suara titisan hujan

Jika kita ingin sahabat  kita rajin beribadah kepada Allah
Maka, jadilah teladan untuknya dan gemakan keberadaan Allah dalam diri kita
Seseorang itu takkan dapat kita paksa berdoa dan bermunajat kepada Allah
Ketika dia tidak dapat menangkap makna ibadah yang terukir dalam kehidupan kita

Jika kita ingin sahabat  kita mencintai ilmu pengetahuan
Pancarkan rasa ingin terus belajar dalam diri  kita dan dirinya
kerana nasihat kita tak akan dapat membuatnya mahu membaca
Ketika dia tidak pernah menyaksikan kita menikmati ilmu

Jika kita ingin sahabat  hidup penuh kasih
Tunjukkan cinta kasih  kita kepadanya
Kata-kata sahaja tidak akan mampu membuatnya mengasihi
Jika dia tak pernah merasakan cinta dan perhatian dari  kita

Jadi, bagaimna cara kita mengajarkan sahabat kita?

sumber ; [click here]

Wednesday 22 June 2011

Cerita dalam CERITA

Salamunalaikum ~
Apa khabar sidang pembaca setia yang dirahmati Allah sekalian?
Hari ini, satu cabaran menanti anda. menanti dan menanti buat mereka yang bijak menganalisis dan mencatur.

Dengan berpandukan beberapa jalan cerita, siapakah yang bisa mengalunkan irama dan muziknya mengikut rentak dan melodi yang dia ada dan fahami. Ada faham?

Jom. Hayati dahulu irama dan muziknya. Santai. (",)


Cerita dalam cerita : Kulit Pisang


Seorang lelaki separuh umur kelihatan sedang ketawa seorang diri sambil memandang kulit pisang yang terbuang di tengah jalan. Dia menggeleng-gelengkan kepalanya dan kemudian tertawa lagi. Begitulah kelihatannya berulang-ulang kali.

Perbuatannya diperhatikan oleh seorang remaja dari jauh. Orangnya segak, kemas dan bergaya. Mengenakan kaca mata hitam dengan lagak seorang korporat. Berambut panjang menutupi pangkal leher. Tersikat rapi dengan minyak rambut yang diadun bersama.

Untuk mengetahui apa yang sebenarnya berlaku, dia terus menghampiri pakcik tersebut lalu bertanya : " Pakcik, kenapa pakcik ketawa?"

"Pakcik ketawa sebab tengok kulit pisang itu nak..."

"Apa yang pelik dengan kulit pisang itu?" Sambil menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

Pakcik itu terus ketawa dan berkata : "Begini. Sejak tadi pakcik perhatikan telah lima enam orang jatuh tergelincir kerana terpijakkan kulit pisang itu. Tapi tiada seorang pun yang mengutip dan membuangkannya ke dalam tong sampah. Agar setiap orang yang lalu tidak tergelincir lagi."

Setelah pakcik itu menghabiskan kata-kata terakhir, anak muda itu turut tersenyum meraikan ketawa yang bersunguh-sunguh dari pakcik tersebut.

Namun, tidak lama kemudian dia bangun dan mengutip kulit pisang yang dimaksudkan lalu membuangnya ke dalam tong sampah.

"Eh... nak, kenapa kamu buang?"

"Saya tidak mahu terus ketawa melihat orang lain jatuh!" jawab pemuda itu dengan lagak selamba. Kali ini pakcik itu pula yang termenung. Ketawanya hilang tiba-tiba.

Tamat.

Cerita dalam cerita : Biji Burian


"Ustaz, nampaknya setiap kali ustaz bercerita, ustaz akan biarkan sahaja tanpa kesimpulan dan tanpa rumusan. kami tahu mesti ada yang tersirat disebalik sesuatu cerita tu..." kata seorang anak murid kepada ustaznya.

Anak-anak murid yang lain mengangguk tanda mempersetujui hemat kawan mereka. Si ustaz diam sahaja. Seperti ada sesuatu yang menganggu kedamaian jiwanya.

Esoknya, sekali lagi ustaz bercerita tanpa memberi sebarang kesimpulan. Rasa tidak puas hati semakin bersarang dalam diri anak muridnya.

Sebelum pulang, ustaz sempat berpesan kepada anak didiknya, "Esok, ustaz harap kamu semua sudi bersama ustaz untuk makan buah durian. Ada seorang tetamu yang ustaz jemput..." Wah-wah. Semua anak muridnya kelihatan begitu gembira sekali. Perasaan tidak sabar jelas terpancar melalui raut wajah mereka.

Pada keesokan hari, tetamu yang dinantikan sudah tiba. Rupa-rupanya ia adalah tuan guru kepada ustaz mereka itu.

Sebelum memulai jamuan, si ustaz bertanya dengan wajah senang hati. Seperti sudah tahu akan jawapan yang bakal dijawab oleh gurunya. "Tuan guru, murid-murid saya ini sebenarnya tidak berpuas hati dengan saya. Kata mereka saya selalu bercerita tanpa memberikan kesimpulan atau rumusannya. Bagaimana untuk saya memahamkan mereka?" kata-kata akhir ustaz itu disulami dengan senyuman meleret.

Lalu, tok guru menyingsing lengan bajunya seraya berkata, "Oh, itu mudah sahaja. Saya makan dulu ya?" kata tok guru.

Dengan bismillah, tok guru mengambil seulas durian lalu dikunyah-kunyahnya. Murid-murid dan si ustaz hanya memerhatikan tanpa berkata apa-apa. Kemudian durian yang sudah dikunyah itu diluahkan semula di tapak tangannya.

"Siapa yang nak makan ini?"

Ee. jijik sungguh. Siapa yang nak makan? Begitulah bisik hati murid-murid. Mereka semua terpinga-pinga. Lain yang dipinta lain pula yang dibuat oleh tok guru.

Melihat kepada riak wajah anak didiknya yang terasa pelik dengan tingkah lakunya, tok guru lantas berkata,

"Nampaknya tidak ada seorang pun yang mahu. Inilah jawapannya wahai anak muridku. Sebuah cerita yang dijelaskan rumusan atau pengajarannya samalah seperti durian yang telah dikunyah dan dimamah oleh orang lain. Tiada siapa yang suka menjamahnya apatah lagi memakannya." Para pelajar yang dari tadi berdiam diri semakin tertarik dengan penjelasan Tok Guru mereka.

"Ustaz kamu hakikatnya mengajar kamu untuk berfikir dan menganalisis sendiri. Itu satu tahap yang lebih tinggi dari sebelumnya. Kalau kamu semua masih mahu menunggu ustaz kamu yang membuat kesimpulan, sampai bila kamu mahu mula berfikir sendiri. Maka, kamu semua harus gembira kerana mendapat seorang ustaz yang berkaliber." Tambah tok guru panjang lebar.

Tamat.

Akhir : Ia satu cabaran buat anda


Jalan cerita dah baca. Tengok tajuk di atas nampak macam menarik - cerita dalam cerita. Bila baca rasa macam biasa saja. Apa yang 'best'? 
Aha. Apa yang 'best'? Andai soalan ini yang terdetik di minda anda, saya sangat bahagia. Kerana anda sudah masuk dalam jerangkap samar yang saya pasang. Bermula dengan cerita 'kulit pisang' dan diikuti dengan cerita 'biji durian' seperti yang dilakarkan diatas, perasankah anda yang saya langsung tidak menghadirkan rumusan dan kesimpulannya.

Saya hanya membentuk bingkai ceritanya sahaja. Tetapi rumusan dan kesimpulan? Saya biarkan ia seperti seulas durian yang masing-masing belum dijamah dan dimakan oleh sesiapa. Kurang enaklah andai saya yang menyimpulkan setiap cerita yang saya bawa. Dengan kata lain anda makan ulas durian yang sudah saya jamah.

Namun begitu, jujur daripada hati yang dalam saya mahu melihat siapakah dalam kalangan anda yang ingin menjamah dan merasai kelazatan durian ini? Adakah anda? Buktikan! Sila simpulkan dua jalan cerita di atas.

Thursday 2 June 2011

If You LOVE Someone...


If you love someone 
because you think that he/she is really gorgeous.
Then its NOT love, 
its infatuation

If you love someone 
because you think that’s you shouldn’t leave him/her
because others think that’s you shouldn’t…
Then its NOT love, 
its compromise

If you love someone
because you think that you cannot live without her/his touch..
Then its NOT love,
its lust

If you love someone 
because you cannot leave him/her thinking that it would hurt his/her feelings...
Then its NOT love, 
its charity..

If you love someone
because you share everything with him.
Then its NOT love,
its friendship...


But if you feel the pain of the other person more than him/her ..
When he is stable and your friend
That’s love.

If you get attracted to the other people but still with him/her without any regrets.
That’s love

If you let him/her go knowing that he has to go but he doesn’t want to.
That’s love...
p/s :  conclude it yourself...

Perkongsian


~sangat bermakna~

semoga dapat memberikan manfaat buat sesiapa yang melihatnya dengan mata hati..
cintailah Pencipta kepada org2 yg kita cintai kerana hanya Dia Penguasa segala cinta..

Wednesday 1 June 2011

Tips2 Merosakkan Ukhuwah


Tips-tips merosakkan ukhuwwah! 

1-Berbicaralah pada saudaramu dengan nada yang tinggi dan kasar 

"Dan lunakkanlah suaramu, sesungguhnya suara yang paling jelek adalah suara keledai"
(Luqman 31: 19)



2-Jangan mendengar dan jangan menghargai pendapatnya

'Atha' (ulama Salaf) pernah mengatakan; "Ada orang yang memberitahuku tentang suatu hadith, padahal aku telah mengetahuinya sebelum dia dilahirkan lagi, namun kesopanannya mendorongku untuk tetap mendengarnya hingga selesai.


3-Selalulah berbantahan dengannya walaupun sekecil-kecil perkara.

"Tiada kaum yang menjadi sesat setelah mendapat petunjuk kecuali kerana mereka suka saling berbantah-bantahan. " (HR Ahmad, Tirmidzi dan Ibnu Majah)


4-Kritiklah dengan keras sehingga perasaannya terluka. 

Dr Abdullah Al Kathir pernah menceritakan; 
"Semua orang menyukai siapa saja yang memperbetulkan kesalahannya tanpa melukai perasaannya." 


Seorang pensyarah sedang mempersiapkan bahan ceram...ah yang akan disampaikan di dalam sebuah forum. Namun, bahan yang berhasil disusun olehnya terlalu panjang dan 'detail' sehingga mungkin akan membosankan para pendengar. 

Dia pun meminta penilaian isterinya, "Bagaimana pendapatmu mengenai bahan ceramah ini?" Dengan penuh bijak si isteri menjawab: "Bahan ceramah ini lebih layak dan sangat baik jika menjadi artikel untuk sebuah majalah ilmiah yang mengkaji tema-tema spesifik." Isterinya secara berhikmah, mengkritik bahan itu terlalu panjang...


5-Tegurlah kesalahannya di depan orang lain (lagi ramai lagi BAGUS!) 

Imam Syafi'ie pernah bersyair, 
''...Nasihatilah diriku di kala aku sendiri Jangan kau nasihati aku di tengah keramaian kerana nasihat di hadapan umum adalah sebahagian dari penghinaan yang tidak suka aku mendengarnya Jika engkau enggan dan tetap melanggar kata-kataku maka jangan menyesal jika aku enggan menurutimu....''



6-Perbanyakkan 'Negative Thinking' kepadanya dan jangan maafkan kesalahannya 

Fudhail bin 'Iyadh berkata,
"Siapa mencari sahabat tanpa cacat, nescaya sepanjang hidupnya tidak mendapat sahabat." Hasan bin Wahb berkata: "Di antara hak-hak ukhuwah adalah memaafkan kesalahan sahabat dan terbuka atas segala kekurangannya."


7-Jika ada aib atau rahsia yang diketahui, maka sebarkanlah kepada orang ramai 

"Jika seseorang diberitahu oleh sahabatnya mengenai suatu hal, lalu ia pergi, maka hal tersebut telah menjadi amanah (rahsia yang mesti dijaga) baginya." (HR Daud, Tirmidzi dan Ahmad)


8-Mudahlah untuk berprangsangka yang bukan-bukan tentang dirinya.

"Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebagian prasangka itu adalah dosa" (Al Hujurat 49:12) 

Umar Al Khattab pernah berkata, 
"Janganlah berprasangka terhadap setiap ucapan yang keluar dari lisan saudaramu kecuali dengan prasangka yang baik, selama kamu masih mendapatkan celah kebaikan dalam ucapannya itu."